"Atlet atau individu yang bersenam perlu makan lebih banyak protein"
"Protein penting untuk pembaikan otot"
"Makan lagi banyak protein"
Ayat-ayat macam ni memang selalu kita dengar dalam perbualan tentang nutrisi untuk atlet dan orang yang kuat bersenam. Memang betul badan kita perlukan protein untuk baiki dan generate semula sel-sel yang rosak ketika kita bersenam. Masalahnya kepentingan protein ni di-hiperbolakan melampau sangat. Sehinggakan sesetengah orang mengambil terlalu banyak protein daripada yang diperlukan badan.
Untuk tahu berapa banyak keperluan protein kita, konsep "keseimbangan nitrogen" perlu kita fahami:
Nitrogen diserap ke dalam badan apabila kita makan protein dalam makanan atau supplemen asid amino, dan nitrogen keluar dari badan ke dalam air kencing sebagai ammonia, urea, dan asid urik (kesemuanya adalah pecahan produk-produk protein). Apabila jumlah protein kita makan sama dengan jumlah yang kita guna, kita berada dalam "keseimbangan nitrogen"
So daripada definisi tu kita boleh rungkaikan - tak cukup makan protein, badan kita berada dalam keseimbangan nitrogen negatif, menyebabkan sel-sel tisu kita lambat dan susah untuk dibaiki. Tetapi bila kita makan terlalu banyak protein, badan kita berada dalam keseimbangan protein positif, walaupun bermakna cukup protein untuk membaiki sel-sel tisu, masalah kesihatan lain mungkin akan timbul akibat ammonia, urea dan asid urik tu mempunyai kesan sampingan dia juga.
Jumlah protein yang disyorkan ialah sebanyak 0.8g utk setiap 1kg berat badan, di rumuskan untuk kebanyakan orang berada dalam keseimbangan nitrogen. Walaupun kebanyak atlet dan individu yang kuat bersenam perlukan lebih banyak protein, tapi tak bermakna perlu ambil terlampau banyak protein (sesetengah atlet ambil sampai tahap 2g protein untuk setiap kg badan!). Kalau kita nak cuba tingkatkan keseimbangan nitrogen kita untuk tingkatkan jisim otot pun, kita tak perlu ambil lebih dari 1.5g/kg.
OK, banyak sangat nombor2 ni, so lihat saya letakkan semua ni dalam konteks. Berat saya 75kg, bermakna kalau saya tak target untuk bina otot, just kekalkan protein untuk muscle repair, saya perlu makan protein sebanyak 60g dalam sehari. Usually saya buat shake F1 (3 scoop) + F3 (1 scoop) dah lebih kurang 18g protein. Saya amek shake 2x sehari so itu dah lebih kurang 36g protein dari shake saya sahaja. Seketul ayam bahagian dada masa lunch ada lebih kurang 16g lagi, so dah 52g protein. Tambah siket lagi telur atau yogurt ke dalam diet sehari, cukup.
Ammonia adalah toksik di dalam badan. Bila kita consume terlalu banyak protein, mendekati 250g sehari, badan kita akan hilang keupayaan untuk ubah ammonia kepada urea. Hasilnya badan akan mengumpul toksik di dalam badan. Ini akan memberi tekanan kepada organ dalam terutamanya buah pinggang. Protein berlebihan juga boleh menyebabkan dehidrasi kalau tak cukup minum air. Ini adalah kerana buah pinggang perlukan lebih banyak air untuk ubah ammonia kepada bentuk urea.
So ada 2 key message daripada post ini:
1. Makan protein secukupnya untuk badan kita mengganti dan repair sel-sel tisu, dan makan lebih siket kalau nak bina otot, kemudian seimbangkan dengan lemak baik, sayur, buah-buahan, dan karbohidrat. Protein tak perlu diambil dengan berlebihan.
2. Claim-claim yang mengatakan makan Herbalife ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan, seperti rosakkan buah pinggang, tak benar, melainkan orang yang mengambil dengan terlampau extreme! Tapi dalam kes orang yang makan dengan amaun extreme, tak kira makan produk apa pun, memang akan ada kesan negatif, bukan Herbalife je. So amalkan kesederhanaan dalam apa jua diet sekali pun.
Jika berminat untuk faham lebih lanjut tentang keseimbangan nitrogen ni, boleh merujuk sumber kepada post ini di https://bengreenfieldfitness.com/2011/11/how-much-protein-do-i-need/
- Coach Aizan dan Coach Syukri +60189534880
- Coach Bebas Herbalife Malaysia
- Ahli Bebas Herbalife Malaysia
- Coach Cara Kurus Dengan Herbalife | Naik Berat Badan
- Menjaga Kecantikan Kulit
- Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife
- Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
- Senarai Harga Herbalife Worldwide
- Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
- Tips turun berat badan
- Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
- Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
- Meal plan mengikut program yang anda ikuti
- Pemantauan berterusan
- Analisa Berat Badan
- Mct Fitcamp24 Titiwangsa
No comments:
Post a Comment