Coach Aizan Syukri on Instagram

FAQ Herbalife Coach Aizan Syukri



Sebagai pengguna dan juga pengedar bebas Herbalife Malaysia, kami selalu dapat soalan-soalan KBAT yang mencabar minda (kadang-kadang iman, sebab bikin panas!). Kami rasa sesetengah soalan ni patut dikongsikan di sini untuk benefit kepada pembaca yang lain. Kami yakin anda pun ada ataupun pernah terfikir tentang soalan yang sama juga. So here goes:-

1.      Kalau dah kurus, kena makan Herbalife lagi ke?
o    Jawapan pendek - TAK.
o    TETAPI, kami masih teruskan menggantikan sarapan kami dengan F1 shake Herbalife dan beberapa produk lain(e.g. teamix, aloe concentrate) sampai ke hari ini walaupun dah capai berat badan ideal kami.
o    Kenapa? Sebab kami faham tentang kepentingan nutrisi! Bagi kami, produk-produk Herbalife membekalkan keperluan nutrisi badan kita. Contoh F1 shake, bukannya sekadar "protein", tapi satu hidangan shake tu dah cukup nutrient dan mineral yang diperlukan daripada satu meal. Kami nak kekal sihat dan bertambah lagi sihat walaupun umur kami semakin meningkat. Dengan makanan kat Malaysia ni, kami sedar dugaan nak kekal sihat tu sangat tinggi. Makanan Msia ni semuanya kalori tinggi, nutrisi rendah (ataupun takdak!).
o    So dengan mengekalkan habit sarapan dengan nutrisi Herbalife, kami percaya lebih mudah untuk kami mengawal habit makan kami serta kekalkan kesihatan dan berat badan. 


2.      Kenapa harga Herbalife ni mahal sangat?
o    Mahal? Saya rasa MURAH! Kita kene fikirkan ni dalam konteks yang betul. Dalam proses kami nak turun berat badan, kami menggantikan 2 meal harian (breakfast dan dinner). Maknanya, kami sebenarnya bawa ke depan sahaja bajet makan kami dalam sebulan. Bila kami buat kira-kira semula, sebenarnya kos untuk satu meal kami jatuh kepada lebih kurang RM8-10 setiap meal seorang. Hmm, cuba kita fikir balik kejap, kalau kita makan kat luar, berapa kos untuk satu meal? Lebih kurang sama? Lebih mahal? Jawapanya bergantung kepada gaya hidup masing-masing. Saya biarkan anda sendiri menilai. Tetapi bagi kami, walaupun dengan bajet yang lebih kurang sama, hasilnya jauh beza. Kami bukan sekadar dapat isi perut tapi dapat turunkan berat badan sekali, cool kan?
o    Plus – ada cara untuk dapat diskaun up to 50%! Baca di SINI tentang diskaun.
o    Harga ni melambangkan 'nilai' sesuatu produk. Lagi mahal, maknanya lebih bernilai. Betul tak? Sebab kalau tak, takkan la Mercedes lagi mahal dari Proton, Hotel Hilton lagi mahal dari Hotel Cik Kiah Chow Kit, kan? Benda yang lebih bernilai, harga pun lagi tinggi. Herbalife telah mengubah gaya hidup berjuta orang di seluruh dunia, terutama untuk turun berat badan. Jadi, tak layakkah produk Herbalife diletakkan dengan harga yang setimpal dengan nilai dia? 
o    Benda yang 'menyihatkan' biasanya lagi mahal dari benda yang tak menyihatkan. Contoh mudah - pernah tak bandingkan harga makanan di Subway dengan makanan di McD? Ikan segar dengan ikan dalam tin? Buah segar dengan buah dalam tin? Mana lagi mahal? So tak ke best kalau ada produk yang boleh masuk dalam bajet biasa kita tapi boleh tolong kita kurus dan jadi lagi sihat?
o    Ok, kami nak anda fikirkan juga, pernah tak bandingkan harga program2 lain yang org buat untuk turunkan berat badan? Contoh - "slimming centre", gym membership, makanan2 "sihat" lain yang dibeli setiap hari. Murah tak kos semua ni? Dijamin kurus ke semua cara ni? Bandingkan apa yang anda dapat daripada semua tu dan anda cuba nilai sendiri.   


3.      Herbalife ni direct selling ke?
o    Direct selling ni maknanya menjual produk/servis secara terus dengan pelanggan. Kalau ikutkan definisi ni, YA, betul, Herbalife ni direct selling. So, what? haha. Banyak je orang jual online slimming tea, tudung, jubah eksklusif, barang bayi - tak kira direct selling jugak ke tu? 
o    Kami juga percaya dengan bisnes model Herbalife seperti ni. Kenapa? Produk ni patut dijual secara pakej bersama servis seorang "mentor" atau kami suka guna gelaran COACH. Bila digabungkan coaching bersama produk - hasil nya memang awesome! Kami menjadi testimoni kami sendiri hasil daripada system macam ni.  


4.      Ada orang kata makan Herbalife ni bahaya untuk kesihatan, boleh efek organ dalam la bagai.
o    Kami sendiri secara peribadi tak pernah lagi tengok bukti jelas tentang claim ni. Pernah la dengar orang ‘kata’, "Si Fulan tu sakit <namakan organ dalam yang berpatutan>, dengar kata dia makan Herbalife". Tapi fair ke statement macam ni? Komplikasi kesihatan macam ni mesti ada banyak punca dan kemungkinan yang bercampur aduk. Tetapi sebab orang tu kebetulan pengguna sesuatu produk, terus produk tu dilabelkan sebagai puncanya. 
o    Secara peribadi yang kami nampak sebenarnya jauh lagi banyak orang yang mendapat manfaat daripada produk ni jika dibanding dengan berita-berita negatif tentang produk ni.
o    Kami pelik jugak - claim macam ni orang senang percaya, tetapi makanan yang jelas ramai orang kata membahayakan kesihatan, terutama bila diambil BERLEBIHAN, takde pulak orang nak risau (contoh: Maggi, Makanan proses macam Nugget, Sosej). Kalau makanan yang membahayakan kesihatan boleh makan, kenapa salah makan makanan yang menyihatkan? Ironi bagi kami. 



Semua yang di atas adalah sekadar pendapat peribadi kami sahaja, dan bukan mewakili mana-mana pihak lain. Kalau nak tahu lagi lanjut dan detail, boleh email terus kami: keeperaisyu@gmail.com ataupun WhatsApp +60189534880 





  • Coach Aizan dan Coach Syukri +60189534880
  • Coach Bebas Herbalife Malaysia
  • Ahli Bebas Herbalife Malaysia
  • Coach Cara Kurus Dengan Herbalife  | Naik Berat Badan 
  • Menjaga Kecantikan Kulit 
  • Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife 
  • Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
  • Senarai Harga Herbalife Worldwide
  • Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
  • Tips turun berat badan 
  • Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
  • Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
  • Meal plan mengikut program yang anda ikuti
  • Pemantauan berterusan
  • Analisa Berat Badan

No comments:

Post a Comment