Coach Aizan Syukri on Instagram

Coach Aizan Syukri (0189534880): Pengalaman Cara Turun Berat Badan Bersama Program Herbalife



Salam perkenalan dari saya, Coach Aizan & suami saya Coach Syukri.

Harini saya nak cerita pengalaman kami berdua bersama herbalife. Kami berdua bermula dgn menjadi pengguna, niat saya masa tu hanya utk turunkan berat since saya mengalami masalah utk menurunkan berat badan selepas bersalin anak pertama dan husband saya pon sama lah,sebab kami berdua memang kaki makan. 

Apa yg saya suka psl herbalife ni is flexibility. Takde nak kena suffer berlapar, dan sy boleh ubah meal plan mengikut kalori keperluan harian kami. Produk herbalife ni sedap plak tu dan mudah di sediakan . Harga herbalife mahal ? hmmm kami rasalah makan luar lagi mahal sebenarnya .Tak rasa ,sebab kita keluarkan cash sikit sikit everyday . Herbalife shake is food,bukan ubat kuruih.

So kami join Weight Loss Challenge Online, dari situ kami di ajar utk menukar gaya hidup yg lebih sihat dgn mengamalkan 80% diet yg betul, 20% senaman dan 100% mindset. Yup mindset, sebab tanpa mindset yg betul, kita mmg akan tewas dgn nafsu makan dan dugaan2 sekeliling. Haa gittew 😆

klik sini untuk melihat Blog Wlconline



Alhamdulillah walaupon tak menang, tapi sy berjaya turun 8kg dan Syukri turun 14kg. Honestly, kami berasa sgt bersyukur dgn perubahan kami sekarang, sbb byk positive side effects yg kami dapat. Antaranya :-

1) Tak payah nak tambah size baju lagi. Kalau tak 2-3bulan nk kena beli baju baru sbb baju dh ketat.

2) Boleh pakai baju lama yg dah lama berlipat dlm almari.
3) Lebih energetic. Ni part paling penting sbb kami berdua bekerja dan ada anak.  
4) Nampak lebih muda sbb dh kurus kennnn. 😝






Sebelum tu kami mmg dah cuba macam2 cara. Tanya lah apa je teknik yg saya tak pernah cuba. Teknik diet makan telur 5hari turun 5kg, teknik bakar lemak guna seterika di slimming centre. Haaa pon ada haha. Bukan tak turun, turunlah 2kg lepas tu sy naik balik 5kg lol. Mmg susah nak maintain.

Alhamdulilah, dengan Herbalife, kami berjaya turun dan mantain berat badan, sekarang kami tekad utk membantu lebih ramai org utk turunkan berat badan bersama Herbalife. 

So apa lagi, TANYA LAH KAMI BAGAIMANA 😉

Baca artikel tentang perkara basic untuk turun berat badan di SINI

Kalau nak tahu produk-produk asas untuk turun berat badan, tengok kat SINI

Kalau nak resipi menarik untuk buat breakfast shake anda, boleh tengok kat SINI


  • Coach Aizan dan Coach Syukri +60189534880
  • Coach Bebas Herbalife Malaysia
  • Ahli Bebas Herbalife Malaysia
  • Coach Cara Kurus Dengan Herbalife  | Naik Berat Badan 
  • Menjaga Kecantikan Kulit 
  • Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife 
  • Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
  • Senarai Harga Herbalife Worldwide
  • Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
  • Tips turun berat badan 
  • Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
  • Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
  • Meal plan mengikut program yang anda ikuti
  • Pemantauan berterusan
  • Analisa Berat Badan
  • Mct Fitcamp24 Titiwangsa




Coach Aizan Syukri (0189534880): 4 tip untuk diet dengan air

Air adalah perkara paling penting dalam fungsi badan manusia. Badan kita lagi memerlukan air daripada makanan untuk survive. Ingat tak masa kita berpuasa? Masa berbuka, apa first thing yang kita teringin? Minum air ke makan nasi masa nak buka tu?

So dalam mengamalkan gaya hidup sihat ni, air adalah sangat penting. Jadi posts ni akan kongsi kan 4 tips air berasaskan air utk kita cuba amalkan dalam active healthy lifestyle kita.



Tips 1: Minum air sebelum makan

Kebanyakan kali, badan kita sebenarnya konfius kan lapar dengan dahaga. So next time rasa macam lapar, tapi belum waktu makan, cuba minum air segelas dulu. Lepas 15 minit, kalau lapar lagi, baru makan. Mungkin tahap "nafsu makan" pun dah kurang siket. 

Tips 2:  Kurangkan air manis

Tip mudah untuk cut kalori intake - elakkan air manis. Sebab kebanyakkan air manis ni, tahap kalori dia sama macam sepinggan nasi (lebih kurang 200 kalori, bergantung kepada jenis air). Air masak pulak ZERO kalori. So kalau kita boleh avoid air manis untuk breakfast, lunch dan dinner, kita dah at least "jimat" 600 kalori.  Simple je kan? 



Tips 3: Minum 3 liter air sehari (paling kurang)

World Health Organisation (WHO) syorkan untuk minum 1 liter air untuk setiap 25kg berat badan. Jadi, lagi berat badan anda, lagi banyak kene minum. Contoh: Berat saya 75kg, saya perlu minum 3 liter air sehari. 

Tips 4: Bawa botol air everywhere

Selama ni kita payah nak minum air banyak2 ni sebab kita selalu minum masa kat meja makan je. Ataupun skali skala bila pegi dapur. Kalau mcm tu, memang kita akan rasa macam nak minum 3 liter air sehari tu punya la payah. Tapi, situasi akan jadi sangat beza kalau kita amalkan membawa botol air. Contoh: Dalam kereta, masa driving. Kat ofis, sambil buat keje atas meja. Kat rumah, tengan tengok TV. Make sure botol air ada sebelah kita.


Apa kesan nya bila amalkan minum air yang banyak dalam sehari? 
  • pelawasan mudah (membersihkan sistem penghadaman)
  • kerap kencing (membuang toksin dalam badan) 
  • badan berasa lebih segar
  • kulit akan kelihatan lebih bersih (kurang jerawat/berminyak)
Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. So sekarang dah tahu, jom kita beramal! :)

Coach Aizan Syukri (0189534880): Berapa banyak protein kita perlu makan??




"Atlet atau individu yang bersenam perlu makan lebih banyak protein"

"Protein penting untuk pembaikan otot"

"Makan lagi banyak protein"



Ayat-ayat macam ni memang selalu kita dengar dalam perbualan tentang nutrisi untuk atlet dan orang yang kuat bersenam. Memang betul badan kita perlukan protein untuk baiki dan generate semula sel-sel yang rosak ketika kita bersenam. Masalahnya kepentingan protein ni di-hiperbolakan melampau sangat. Sehinggakan sesetengah orang mengambil terlalu banyak protein daripada yang diperlukan badan.

Untuk tahu berapa banyak keperluan protein kita, konsep "keseimbangan nitrogen" perlu kita fahami:

Nitrogen diserap ke dalam badan apabila kita makan protein dalam makanan atau supplemen asid amino, dan nitrogen keluar dari badan ke dalam air kencing sebagai ammonia, urea, dan asid urik (kesemuanya adalah pecahan produk-produk protein). Apabila jumlah protein kita makan sama dengan jumlah yang kita guna, kita berada dalam "keseimbangan nitrogen"  




So daripada definisi tu kita boleh rungkaikan - tak cukup makan protein, badan kita berada dalam keseimbangan nitrogen negatif, menyebabkan sel-sel tisu kita lambat dan susah untuk dibaiki. Tetapi bila kita makan terlalu banyak protein, badan kita berada dalam keseimbangan protein positif, walaupun bermakna cukup protein untuk membaiki sel-sel tisu, masalah kesihatan lain mungkin akan timbul akibat ammonia, urea dan asid urik tu mempunyai kesan sampingan dia juga. 

Jumlah protein yang disyorkan ialah sebanyak 0.8g utk setiap 1kg berat badan, di rumuskan untuk kebanyakan orang berada dalam keseimbangan nitrogen. Walaupun kebanyak atlet dan individu yang kuat bersenam perlukan lebih banyak protein, tapi tak bermakna perlu ambil terlampau banyak protein (sesetengah atlet ambil sampai tahap 2g protein untuk setiap kg badan!). Kalau kita nak cuba tingkatkan keseimbangan nitrogen kita untuk tingkatkan jisim otot pun, kita tak perlu ambil lebih dari 1.5g/kg. 

OK, banyak sangat nombor2 ni, so lihat saya letakkan semua ni dalam konteks. Berat saya 75kg, bermakna kalau saya tak target untuk bina otot, just kekalkan protein untuk muscle repair, saya perlu makan protein sebanyak 60g dalam sehari.   Usually saya buat shake F1 (3 scoop) + F3 (1 scoop) dah lebih kurang 18g protein. Saya amek shake 2x sehari so itu dah lebih kurang 36g protein dari shake saya sahaja. Seketul ayam bahagian dada masa lunch ada lebih kurang 16g lagi, so dah 52g protein. Tambah siket lagi telur atau yogurt ke dalam diet sehari, cukup. 




So apa risiko kesihatan apabila makan terlalu banyak protein dalam diet seharian? 
Ammonia adalah toksik di dalam badan. Bila kita consume terlalu banyak protein, mendekati 250g sehari, badan kita akan hilang keupayaan untuk ubah ammonia kepada urea. Hasilnya badan akan mengumpul toksik di dalam badan. Ini akan memberi tekanan kepada organ dalam terutamanya buah pinggang. Protein berlebihan juga boleh menyebabkan dehidrasi kalau tak cukup minum air. Ini adalah kerana buah pinggang perlukan lebih banyak air untuk ubah ammonia kepada bentuk urea. 
So ada 2 key message daripada post ini: 
1.  Makan protein secukupnya untuk badan kita mengganti dan repair sel-sel tisu, dan makan lebih siket kalau nak bina otot, kemudian seimbangkan dengan lemak baik, sayur, buah-buahan, dan karbohidrat. Protein tak perlu diambil dengan berlebihan. 
2. Claim-claim yang mengatakan makan Herbalife ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan, seperti rosakkan buah pinggang, tak benar, melainkan orang yang mengambil dengan terlampau extreme! Tapi dalam kes orang yang makan dengan amaun extreme, tak kira makan produk apa pun, memang akan ada kesan negatif, bukan Herbalife je. So amalkan kesederhanaan dalam apa jua diet sekali pun.  
Jika berminat untuk faham lebih lanjut tentang keseimbangan nitrogen ni, boleh merujuk sumber kepada post ini di https://bengreenfieldfitness.com/2011/11/how-much-protein-do-i-need/

  • Coach Aizan dan Coach Syukri +60189534880
  • Coach Bebas Herbalife Malaysia
  • Ahli Bebas Herbalife Malaysia
  • Coach Cara Kurus Dengan Herbalife  | Naik Berat Badan 
  • Menjaga Kecantikan Kulit 
  • Kami akan memberikan segala konsultasi berkaitan dengan produk Herbalife 
  • Senarai Produk Herbalife yang di perlukan mengikut program
  • Senarai Harga Herbalife Worldwide
  • Bagaimana untuk mendaftarkan sebagai ahli untuk diskaun murah
  • Tips turun berat badan 
  • Panduan untuk 'eat clean' Malaysian Way
  • Senarai barang utk di beli di pasar raya untuk pemakanan sihat
  • Meal plan mengikut program yang anda ikuti
  • Pemantauan berterusan
  • Analisa Berat Badan
  • Mct Fitcamp24 Titiwangsa